Cara-cara membasuh Cloth Diapres

Cara mama basuh sama jer ngan MOMMIES2 di luar sana, Cuma mungkin ada sedikit kelainan mengikut kesesuaian & cara mana yang mudah pada diri masing-masing.
Okey, mama mulakan dengan langkah pertama,

1. Bila anda dapat sahaja CD anda, silalah basuh dahulu cloth diaper AIO anda sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan. Harus anda ingat, semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elak leaking. Bila dah banyak kali basuh nanti, Insyallah prestasi CD akan akan bertambah baik. Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitive. Mama guna sabun Pureen Had ni sbb sesuai utk kulit bayi & yg penting tiada enzim pewangi/pemutih.

Jika nak basuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti berserabut CD anda jadinya) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitannya agar tdk rosak). Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa). Ini lah Mr 'M' yang rajin bantu mama basuh CD2 payish.

Jika berpoo-poo pula, mamapayish buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo. Kadang-kadang mama letak bawah air paip yang deras, poo poo tu mengalir ke lubang dalam tandas. Ikut korang la nak buat macam mana yer janji poo poo anak anda di alirkan ke tempat yang betul, he3…kang tetiba hubby pengsan terkejut plak nengok berlonggok poo poo yg kehijauan, kekuningan (mula dah aku meraban…meleret2..ha3!mesti Kak Rin marah nih). Kadang2 mama rendam dalam besen dlu. Pastu baru lempar masuk mesin sekali ngan CD kena pee pee yg dah dibilas.

hah ni la bakul penyelamat CD2 yg dah digunakan. Yang kat bwh utk CD yang kena PEE PEE, yg kat atas yang kena POO POO....

Jika CD AIO anda ada kekuningan (akibat dari POO POO anak anda) jangan risau!!!! Ia akan hilang apabila dijemur ditengah panas matahari !!dulu mamapayish pun tak tahu, bila kering tengok ada kesan kuning-kuning, mula la ati risau. Tanya kat sifu Rin dia gtaw cara ni. Memang berkuasa matahari ni, kaler kekuningan, kuning sama kuning jugak baru jadi….(meraban lagi, tak pe la janji korang paham).

Hah ni CD2 mama yang dah siap di basuh. Dulu masa CD skit mama gantung aje kat depan pintu, kena kipas, kering la CD2 tu. Masa tu mama cuba beberapa brand, semuanya jenis poket. So sekarang ni mmg mama guna yang jenis AIO utk di hantar ke bbsitter si payish. Mudah dia nak pakaikan si payish. Yang jenis poket mama pakaikan waktu malam, AIO utk waktu siang.
Tp bila dah byk nie mama gantung kat cni ha...mcm pic kat bawah nie..he3...letak bawah kipas, senang pakai AIO ni, bila dah kering, saruk je kat bb..he3..